Isnin, 16 Januari 2017



Apakah Makanan Dim Sum?

Dim Sum merupakan sejenis makanan yang berasal daripada masakan kaum Cina. Makanan ini kebiasaannya dihidangkan dalam bakul pengukus kecil atau di atas pinggan kecil. Namun pada masa sekarang ia menjadi makanan kegemaran dan tumpuan seluruh masyarakat dari pelbagai kaum. Makanan ini juga turut diiktiraf dalam pasaran tempatan melalui pengusaha-pengusaha restoran dan cafe’ malah pasaran luar negara khususnya dalam sektor perhotelan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan